Kalau nak isteri lawa, suami kena bantu- Nazrief Nazri

Kalau nak isteri lawa, suami kena bantu- Nazrief Nazri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nazrief Nazri berpendapat sudah menjadi tugas seorang suami untuk menyediakan keperluan dan memberi sokongan kepada isteri untuk tampil cantik. 

Cerita Nazrief atau Nazrief Mohamad Nazri, 35, dia berusaha membantu isterinya, Aizatul Aqma Hamdan menurunkan berat badan sehingga 35 kilogram selepas melahirkan anak pertama.

“Apabila saya muat naik gambar isteri, ada yang komen ‘tak lawa pun bini dia, apa yang lawanya?’.

“Kalau kau tak rasa lawa tapi aku rasa cantik, cukuplah. Perkara mengenai cantik ini subjektif. Bagi saya kalau kita mahu pandang sesuatu itu dengan fikiran positif, maka itulah yang kita nampak. Tapi kalau negatif, maka negatif yang kita dapat. 

“Saya puji isteri saya cantik, sebab dia pernah naik berat badan. Jadi sebagai suami, kitalah yang patut beri sokongan untuk dia rasa cantik dan kurus. 

“Saya bangga bila nampak usaha isteri menurunkan berat badan secara semula jadi.. Inilah salah satu cara meraikan kejayaannya agar lebih motivasi. Dia pun kerja sebagai model dan saya mahu dia kekal melakukan apa yang dia mahu,” katanya. 

Tambah Nazrief, sebagai lelaki, sudah menjadi sebahagian daripada sikapnya untuk melindungi orang yang disayang.

Oleh itu, apabila menerima komen keterlaluan menghina isterinya, pelakon Seribu Tahun itu tidak akan berdiam diri.

“Saya pantang jika ada yang ‘usik’ anak dan isteri saya. Kalau melampau, saya tidak akan biarkan. 

“Sebagai figura memang apa sahaja tentang kita akan diperkatakan, saya sudah bersedia dengan kecaman cuma kalau melampau saya tidak akan duduk diam. 

“Jangan anggap artis ini macam patung tiada perasaan. Nak komen kena berpada-pada. Kalau kita nak tegur ahli keluarga sendiri pun berlapik, kenapa nak tegur orang  tidak dikenali, kita main cakap sahaja?,” tegasnya. 

Terdahulu, tindakan Nazrief memuat naik foto percutian dengan isteri dikecam kerana foto tersebut dianggap terlalu seksi. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN