Kadar pengangguran negara terendah dalam 10 tahun - Steven Sim

Kadar pengangguran negara terendah dalam 10 tahun – Steven Sim

STEVEN SIM CHEE KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran negara mencatatkan penurunan kepada 3.1 peratus, terendah dalam tempoh sejak 10 tahun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, penurunan itu disumbangkan oleh peningkatan jumlah pekerjaan dan penyertaan tenaga buruh di pasaran.

Katanya, jumlah pekerjaan meningkat daripada 16.1 juta pada 2013 kepada 17.34 juta tahun ini.

“Ini menunjukkan pemulihan ekonomi yang berterusan serta kejayaan pelbagai inisiatif kerajaan dalam merangsang pasaran kerja,” katanya dalam majlis Sambutan Hari Pekerja 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Steven Sim berkata, kadar penyertaan tenaga buruh mencatatkan prestasi positif dengan penglibatan 70.6 peratus rakyat dalam pasaran pekerjaan.

Katanya, kadar penyertaan wanita dalam sektor buruh juga meningkat kepada 56 peratus.

“Dalam masa sama, kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran menurun daripada 37.4 peratus pada 2023 kepada 36 peratus,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN