PETALING JAYA: “Sayang, saya minta maaf, hadiah ulang tahun perkahwinan kita yang saya belikan pada 2020 terpaksa dijual.”
Demikian kata pelakon, Saharul Ridzwan yang memohon maaf kepada isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir kerana terpaksa menjual kereta jenis Honda Jazz miliknya.
Kata Saharul, kenderaan terbabit merupakan pemberiannya buat isteri sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat namun, dia berjanji untuk membelikan hadiah yang lain.
“Ada rezeki Insya-Allah, nanti saya belikan hadiah lain,” katanya.
Saharul berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram namun tidak menyatakan sebab mengapa dirinya terpaksa menjual kereta tersebut.
Saharul bagaimanapun memaklumkan kereta tersebut juga sudah terjual dan bakal bertemu dengan tuan yang baru yang berasal dari Kelantan.
“Alhamdulillah, kereta ini sudah dijual. Orang Kelantan beli. Sekarang proses untuk menukar nama pemilik kereta. Semoga Allah permudahkan.
Terdahulu, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu mengambil keputusan untuk menjual beberapa aset miliknya seperti kereta Mercedes Benz dan kondomium yang terletak di Cyberjaya pada tahun lalu.
Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga dengan Deena pada 16 September 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5 dan Khadijah Alkubra, 2.-UTUSAN