Johor guna kamera AI kenal pasti individu buang sampah haram

Johor guna kamera AI kenal pasti individu buang sampah haram

LING Tian Soon (dua dari kiri) menunjukkan kamera teknologi AI yang dipasang di kawasan komersial Taman Johor Jaya untuk mengesan individu yang membuang sampah merata-rata di kawasan berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Teknologi kecerdasan buatan (AI) akan digunakan kerajaan Johor bagi mengenal pasti individu yang membuang sampah merata-rata, khususnya di kawasan perniagaan dan pusat komersial.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, projek rintis dimulakan di Taman Johor Jaya, di sini yang menerima aduan tinggi berkaitan aktiviti pembuangan sampah haram.

“Kawasan komersial di Taman Johor Jaya merupakan lokasi kerap terima aduan berkenaan isu sampah dibuang merata-rata, kadangkala bertimbun dan tidak diselenggara.

“Walaupun Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah buat kerja pembersihan, namun masalah ini tetap berulang. Jadi, pendekatan baharu diambil dengan memasang kamera AI sebagai langkah pemantauan dan mengumpul bukti,” katanya selepas melawat lokasi tersebut, di sini hari ini.

Menurutnya, kamera pintar itu boleh mengenal pasti dan membuat pengecaman wajah pelaku yang membuang sampah secara haram itu.

“Apabila pesalah telah dikenal pasti, tindakan sewajarnya boleh diambil. Usaha ini susulan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang serius mahu melihat aspek kebersihan ditingkatkan di negeri ini.

“Pasukan petugas khas telah ditubuhkan untuk mencari penyelesaian jangka panjang melibatkan penguatkuasaan lebih tegas, semakan undang-undang serta meningkatkan kesedaran masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN