Jenazah pendaki jatuh di Gunung Rinjani dibawa pulang ke tanah air esok

Jenazah pendaki jatuh di Gunung Rinjani dibawa pulang ke tanah air esok

SEORANG pendaki warga Malaysia dilaporkan terjatuh di laluan Torean, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar 12 tengah hari, waktu tempatan, 3 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenazah pendaki warga Malaysia, Rennie Abdul Ghani, 57, yang terjatuh di laluan Torean, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia akan dibawa pulang ke tanah air esok untuk dikebumikan di Johor Bahru, Johor.

Adik lelaki itu yang ingin dikenali sebagai Yana berkata, jenazah abangnya kini berada di Hospital Bayankara Mataram selepas berjaya dibawa keluar dari laluan Torean, Gunung Rinjani di Pulau Lombok malam semalam.

Menurutnya, jenazah abangnya selamat dibawa keluar dari kawasan terbabit pada pukul 8.30 malam (waktu Malaysia) dan tiba ke hospital terbabit kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Selepas semua urusan selesai, jenazah akan diterbangkan pulang ke Malaysia esok sebelum dibawa ke Johor Bahru untuk dikebumikan.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam tragedi ini. Kami sekeluarga juga memohon maaf atas semua kesulitan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.  

Menurutnya, Allahyarham Rennie disifatkan sebagai seorang abang yang sangat mengambil berat mengenai adik-beradik dan sukakan cabaran. 

“Abang Long tegas namun suka membuat lawak, sukakan cabaran dan seorang perancang yang bagus selain sangat menepati janji dan waktu. Pemergiannya akan dirasai buat kami sekeluarga,” ujarnya. 

Media sebelum ini melaporkan seorang pendaki warga Malaysia dilaporkan terjatuh di laluan Torean, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar 12 tengah hari, waktu tempatan, 3 Mei lalu.

Pihak berkuasa di sana dilaporkan berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan pelbagai agensi membabitkan puluhan anggota daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian Dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya