Jangan jadikan isu cuti Rafizi

Jangan jadikan isu cuti Rafizi

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang didakwa mengambil cuti panjang tidak perlu dijadikan isu.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, cuti dimohon Ahli Parlimen Pandan itu hanyalah beberapa hari, bukan sehingga hujung bulan seperti dilaporkan media massa.

“(Rafizi cuti hanya) beberapa hari. Bagilah (dia cuti). Tak ada isu,” kata Anwar ringkas ketika ditemui media selepas selesai solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra di sini, hari ini.

Media melaporkan semalam, desas-desus mengenai Timbalan Presiden PKR itu yang didakwa mengambil cuti panjang telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi parti terutamanya ketika proses Pemilihan Keadilan 2025 sedang berlangsung di seluruh negara sekarang.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan juga berhasrat untuk turut mengambil cuti selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN hujung bulan ini.

“Saya sendiri akan bercuti selepas ASEAN Summit nanti,” katanya.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini, sementara Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog bermula pada penghujung Oktober, sebagai sebahagian daripada peranannya selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dijangka menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota ASEAN bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya