Jajaran ART Johor dimuktamad Ogos

Jajaran ART Johor dimuktamad Ogos

MOHAMAD FAZLI MOHAMAD SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Cadangan jajaran akhir bagi projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat dijangka dimuktamadkan seawal Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, usaha tersebut tertakluk dengan hasil penilaian Permintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi projek tersebut.

“Pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) telah memulakan proses RFP bagi pelaksanaan sistem ART bertingkat bagi melengkapkan sistem pengangkutan bersepadu di Greater Johor Bahru.

“Pelaksanaan ART bertingkat ini dijangka memberi manfaat besar dalam mengurangkan kesesakan lalu-lintas, mempercepatkan mobiliti harian dan menyokong agenda rendah karbon negeri,” katanya menjawab soalan Datuk Ramlee Bohani (BN-Kempas) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohamad Fazli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir berkata, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyuraian Trafik Greater JB bagi mengenal pasti kawasan tumpuan kesesakan dan merangka pelan penyuraian trafik. 

Katanya, sebanyak 77 kawasan kesesakan dikenal pasti dan lebih 20 lokasi telah diambil tindakan setakat ini.

“Jawatankuasa ini juga mengemukakan cadangan seperti pemasangan ‘barrier’ laluan, papan info trafik serta penguatkuasaan semasa waktu puncak yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan dan Keselamatan. 

“Antara kawasan yang telah dirangka pelan penyuraian ialah penutupan Jalan Ledang menghala ke Lebuhraya Skudai (susur keluar dari Taman Johor ke Skudai) yang dilihat berjaya mengurangkan tekanan trafik di kawasan tersebut,” katanya.

Kerajaan negeri turut meneliti keperluan untuk menambah kapasiti jalan raya termasuk pelebaran jalan, pembinaan jalan pintas baharu dan penyelenggaraan berkala.  

“Kerajaan negeri telah menghantar senarai 18 cadangan projek bernilai hampir RM1 bilion kepada pihak Perkhidmatan Perunding Bagi Kajian Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP) bagi meneliti projek yang patut diberi keutamaan untuk mendapat kelulusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN