‘Isteri sempat elak, suspek mahu simbah asid ke muka’

‘Isteri sempat elak, suspek mahu simbah asid ke muka’

LOKASI kejadian seorang wanita cedera disimbah asid dalam kejadian di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Suami kepada pemilik spa dan salun kecantikan yang cedera disimbah asid mendakwa, seorang daripada empat suspek menjadikan muka isterinya sebagai sasaran namun gagal dalam kejadian di Beris Kubur Besar, di sini kelmarin.

Muhammad Syahrul Ikhwan Seri Buana, 33, berkata, tindakan pantas isterinya, Nor Faziera Muda ,27, menyebabkan cecair tersebut terkena pada bahagian belakang dan lengannya.

“Mengikut cerita isteri, dua suspek yang berpurdah itu berada di depan pintu dan tangan salah seorang suspek yang berada di belakang bertindak menyimbah asid itu.

“Nor Faziera terus menelefon saya memaklumkan keadaannya sebelum ada orang ramai yang membawanya ke klinik kesihatan berhampiran,” katanya ketika ditemui pemberita di pekan Beris Kubur Besar, hari ini.

Muhammad Syahrul Ikhwan berkata, kesan kejadian itu menyebabkan isterinya tidak henti-henti menangis sambil menahan kesakitan.

Katanya, selain itu dia mengadu sakit akibat bahang asid itu semasa dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian, malam kelmarin.

Terdahulu, seorang pemilik sebuah spa dan salun kecantikan dilaporkan cedera pada lengan selepas disimbah cecair yang dipercayai asid oleh tiga individu termasuk dua wanita yang tidak dikenali semasa berada di tingkat atas premisnya di Beris Kubur Besar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa yang masih memakai telekung selepas menunai solat maghrib berada di dalam kedainya bersama seorang anak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN