Inspektor polis tidak mengaku terima rasuah

Inspektor polis tidak mengaku terima rasuah

SEORANG pegawai polis berpangkat inspektor yang dituduh menerima rasuah dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah RM23,000 daripada seorang individu pada 2021.

Khairul Faiz Mohamad Zaini, 36, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Mohd. Azhar Othman. 

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh menerima rasuah sebanyak RM15,000 dan RM 8,000 menerusi seorang individu melalui pindahan ke akaun pihak ketiga sebelum dipindahkan ke akaun milik isterinya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, di Ibu pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini  pada 26 Februari 2021. Anggota polis itu didakwa  di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan  18 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN