Identiti mayat lelaki tergantung dalam hutan belum diketahui, polis kesan waris

Identiti mayat lelaki tergantung dalam hutan belum diketahui, polis kesan waris

SULIZMIE AFFENDY SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengenal pasti waris kepada seorang lelaki  yang ditemukan maut di kawasan hutan yang terletak berhadapan bangunan di Jalan Sultan Ismail semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, identiti lelaki berkenaan masih belum dikenal pasti.

Kata beliau, hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat lelaki berkenaan tidak menemukan  kecederaan lain selain di leher kesan tali gantung.

“Punca kematian adalah disebabkan gantung (hanging),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat yang tidak dipastikan umur dan bangsanya telah ditemukan dalam keadaan sudah berulat kira-kira pukul 3.44 petang semalam selepas dimaklumkan menerusi talian MERS 999 oleh seorang lelaki tempatan.

Lelaki berkenaan dikatakan telah ternampak mayat berkenaan dalam keadaan tergantung di kawasan adalah hutan kecil dan berbukit. 

Mayat lelaki itu ditemukan memakai t-shirt berwarna kelabu selain berseluar pendek warna biru cerah serta bertali pinggang dan memakai selipar berwarna biru. 

Kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN