Ibu kandung Muhammad Jeffri dicari

Ibu kandung Muhammad Jeffri dicari

SITI Rahman Othman bersama Muhammad Jeffri menunjukkan gambar Latifah yang sedang dicari mereka bagi tujuan permohonan Sijil Pengangkatan JKM.-UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang wanita dari Taman Desa Permai, Juasseh di sini merayu bantuan orang ramai untuk mengesan ibu kandung anak angkatnya bagi tujuan permohonan Sijil Pengangkatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Siti Rahmah Othman, 37, berkata, anak angkatnya, Muhammad Jeffri Mohamad Izwan, 9, telah berada dalam jagaannya sejak berusia tiga tahun setelah diserahkan oleh nenek kandung kanak-kanak itu.

Menurutnya, nenek kepada Muhammad Jeffri memaklumkan bahawa anaknya yang juga ibu kandung kanak-kanak tersebut, Latifah Linkib yang berasal dari Sabah, gagal dikesan selepas bersalin.

“Nenek kandungnya (Muhammad Jeffri) beritahu saya, selepas habis tempoh berpantang 44 hari, ibunya terus meninggalkan anak dan tidak dapat dikesan sejak itu,” katanya.

Tambahnya lagi, nenek kandung anak angkatnya itu juga tidak mampu menjaga cucunya kerana faktor usia dan menghidap penyakit jantung.

“Emak saya cakap, ada seorang anak yang ibu bapanya entah ke mana, neneknya pula sudah uzur dan sakit jantung. Jadi saya ambil keputusan untuk menjaganya memandangkan saya tidak dikurniakan zuriat selepas tujuh tahun berkahwin,” katanya.

Siti Rahmah turut berkongsi bahawa Muhammad Jeffri disahkan menghidap autisme ringan ketika berusia lapan tahun dan kini menjalani sesi terapi di Hospital Kuala Pilah.

Dia berharap ibu kandung kanak-kanak itu dapat ditemui bagi memudahkan proses permohonan pengangkatan secara sah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali ibu kandung Muhammad Jeffri diminta menghubungi menghubungi suaminya, Ahmad Helmi Jaafar di talian 014-3659060.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN