Ibu kanak-kanak jatuh tingkat 29 tidak sanggup lihat mayat anak

Ibu kanak-kanak jatuh tingkat 29 tidak sanggup lihat mayat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: “Saya masih trauma dan tidak sanggup nak lihat mayat anak.”

Itu luahan ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh yang maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong, semalam.

Wanita yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian, dia dan seorang lagi anak lelakinya berusia enam tahun dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan diarahkan doktor untuk kuarantin lima hari.

Menurutnya, dia kemudian meminta pengasuh menjaga anak perempuannya itu sementara waktu.

“Kedua-dua anak saya dijaga pengasuh sejak kecil lagi dan mereka memang suka ke rumahnya.

“Saya lebih rela tidak dikuarantikan akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) jika tahu akan kehilangan anak perempuan selepas meminta pengasuh menjaganya sementara.

“Saya masih trauma dan tak sanggup nak lihat mayat anak namun terpaksa menuntutnya untuk urusan pengebumian,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang, hari ini.

Media hari ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia tujuh maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong, di sini, semalam.

Mangsa ketika kejadian berada di rumah pengasuh sebelum dia memanjat tingkap yang tidak berjeriji sebelum terjatuh ke lantai tingkat lima.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd. Fairus Jaafar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dari MERS999 pada 12.30 tengah hari.

Menurutnya, anggota polis rondaan kemudian ke lokasi dan menemukan mangsa dalam keadaan terlentang di atas lantai tingkat lima. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN