Hubungan dengan China bukan penyebab Malaysia dikenakan tarif

Hubungan dengan China bukan penyebab Malaysia dikenakan tarif

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung tarif AS - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hubungan akrab dengan China bukan penyebab Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif timbal balik sehingga 24 peratus terhadap Malaysia sebelum ini.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, perjumpaannya dengan pihak AS sebelum ini, negara tersebut tidak pernah mempertikaikan hubungan Malaysia dengan China tersebut.

Jelasnya, AS mengambil maklum bahawa Malaysia dan negara-negara di Asia sememangnya perlu mempunyai hubungan dagang dengan China.

“Tiga isu sahaja dengan China, mereka nak pastikan syarikat-syarikat AS di sini yang boleh import teknologi tinggi atau produce high-end technology dan tidak pergi ke China, unless dia bukan dalam list export restriction.

“Kedua, dia (AS) tidak mahu negara seperti Malaysia, Vietnam, Singapura dan semua negaralah yang mana China menggunakan kita sebagai transhipment hub.

“Ketiga (pula), kalau apa yang diberikan kepada negara-negara lain, AS nak same treatment kerana mereka bukan dalam FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas),” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung tarif timbal balik AS

Tengku Zafrul berkata, rundingan antara Malaysia dan AS berkenaan tarif tersebut masih berada di peringkat awal iaitu baru melibatkan perbincangan skop dan teknikal sahaja.

“Namun begitu kerajaan komited kepada prinsip tadbir urus baik, sekiranya sebarang cadangan dasar yang boleh dikemukakan yang memerlukan keputusan bersifat struktur.

 “Ia akan melalui tiga proses iaitu semakan dalaman yang ketat, kelulusan Jemaah Menteri dan jika perlu, dibentangkan di dewan yang mulia,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhati-hati dalam menangani krisis tarif itu tetapi tetap tegas iaitu berpandukan prinsip dan fakta, bukan tekanan geopolitik atau retorik luar.

“Kita sebenarnya tidak memilih jalan yang mudah, kita tidak tunduk kepada tekanan, kita memilih untuk berunding secara berprinsip dan strategik demi mempertahankan pekerjaan rakyat serta keyakinan pelabur dan kedaulatan dasar negara.

“Pendekatan ini merangkumi penubuhan Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) dan pasukan petugas khas di peringkat kementerian serta agensi, pendekatan diplomatik berasaskan perdagangan bebas dan dasar berkecuali,” jelasnya.

Tambahnya, Malaysia harus terus berani dalam membuat keputusan yang strategik dan konsisten dalam keadaan dunia yang semakin mencabar.

“Bukan demi menyenangkan pihak luar tetapi demi kepentingan jangka panjang negara dan rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya