KUALA LUMPUR: Pelakon, Ben Amir, 35, mengakui sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang wanita asal Filipina.
Kekal merahsiakan identiti wanita itu, Ben memaklumkan mereka buat masa ini masih dalam fasa mengenali satu sama lain.
“Kami kenal sejak dua tahun lalu, sekarang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Tentunya semua lelaki ada keinginan untuk tamatkan zaman bujang. Tapi saya tak tergesa-gesa, dahulukan mana yang penting,” katanya.
Ben beberapa bulan lepas mengambil keputusan untuk berpindah ke pulau Siargao, Filipina bagi menjalani kehidupan yang lebih tenang.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin ini menegaskan wanita tersebut bukan punca penghijrahannya ke Filipina.
“Saya tak mahu orang buat spekulasi, lebih baik berita yang tersebar itu datang dari mulut saya sendiri.
“Dia bukan sebab saya berpindah ke Filipina. Malah perancangan untuk berhijrah sudah lama saya simpan,
“Ia bukan sebab seseorang, tapi lebih kepada keinginan untuk membina hidup seterusnya. Sebagai anak lelaki, kena sentiasa tambah baik kerjaya, mental dan berpindah ke sana adalah salah satu usaha itu walaupun ianya sukar,” kongsinya. – UTUSAN