Harimau kumbang mati dilanggar pacuan empat roda

Harimau kumbang mati dilanggar pacuan empat roda di LPT2

SEEKOR harimau kumbang mati akibat dilanggar kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 387 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT12 di Hulu Terengganu hari ini. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya melanggar seekor harimau kumbang di Kilometer 387 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata,  pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa pemandu berusia 19 tahun itu pada pukul 1.15 pagi.

“Pemandu tersebut yang memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kemaman.

“Sampai du tempat kejadian, seekor harimau kumbang secara tiba-tiba melintas dari arah kanan ke kiri jalan menyebabkan kenderaan dipandu lelaki tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan berkenaan.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala harimau kumbang tersebut mati akibat pelanggaran berkenaan,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN