Hari pertemuan keluarga bertukar jadi hari perpisahan. - Utusan Malaysia

Hari pertemuan keluarga bertukar jadi hari perpisahan.

HAFIZAH MOHAMAD menunjukkan gambar bapa dan ibu saudaranya Mazalan Balia dan isterinya Radin Pauziyah Radin Ahmad yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Bindu - Tongkang Pechah, pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Hari pertemuan keluarga sepasang suami isteri warga emas menjadi detik perpisahan yang menyayat hati selepas mereka terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari Parit Raja ke Parit Abdul Rahman di sini semalam.

Dalam kemalangan itu, Mazalan Balia, 69, dan isterinya Radin Pauziyah Radin Ahmad, 75, yang menaiki kereta Perodua Kenari cedera parah di beberapa bahagian badan dan masing-masing meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari dan 1.45 petang ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Anaknya, Mohd Adnan Othman,34, berkata, dia dimaklumkan kejadian itu kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum bergegas pulang dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat namun tidak sempat menemui kedua ibu bapanya apabila sampai di hospital pada pukul 3 petang.

“Ketika dihubungi, saya hanya dimaklumkan ayah dalam keadaan tak sedar diri, jadi saya tak dapat gambarkan bagaimana keadaannya sama ada teruk atau tidak.

“Semalam adalah hari sepatutnya ayah dan emak jumpa adik-beradik di kampung namun yang berlaku sebaliknya, mereka berdua akan sentiasa bersama terutama ketika ibu mendapatkan rawatan dialisis,”katanya.

Sementara itu, Hafizah Mohamad, 53, berkata, ketika kejadian dia sedang berbual melalui telefon dengan ibu saudaranya, Radin Pauziyah sebelum terdengar dentuman kuat disusuli suara mengerang kesakitan.

Ujarnya, apabila menghubungi semula ibu saudaranya itu, panggilan itu dijawab seorang lelaki yang memberitahu ibu bapa saudaranya tersepit di belakang treler.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian pukul 9.30 pagi ketika kereta Perodua kenari dinaiki pasangan itu dan sebuah lori treler dari arah sama iaitu daripada dari arah Bindu ke Tongkang Pechah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN