Guru tikam anak direman tujuh hari

Guru tikam anak direman tujuh hari

SUSPEK yang bertindak menikam anaknya dalam kejadian di Kampung Banggol Che Dol, Pasir Mas, Kelantan akan dituduh esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang guru lelaki yang dipercayai menikam anak lelakinya berusia 11 tahun di rumah mereka di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung di Pasir Mas dekat sini semalam ditahan reman tujuh hari.

Perintah tahanan reman bermula hari ini terhadap suspek yang berusia 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Tahanan reman itu bagi membolehkan polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh. Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini dengan menaiki trak polis kira-kira pukul 8.30 pagi.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan cedera ditikam bapanya yang dipercayai mengalami gejala kemurungan di rumah mereka di Kampung Banggol Che Dol.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, suspek menikam mangsa dua kali di bahagian dada dan sekali di perut menggunakan spisau pemotong sayur.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada krisis rumah tangga yang dihadapi oleh suspek yang kini dalam proses penceraian dengan isterinya untuk kali ketiga.

Menurutnya, kes perceraian itu dijadualkan disebut pada 13 Mei ini di Mahkamah Syariah Tumpat dekat sini.

“Selain itu, suspek dipercayai mempunyai masalah mental dan menerima rawatan psikiatri sejak 2008,” ujarnya. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN