Masih ramai kontraktor di Melaka gagal isytihar projek

Masih ramai kontraktor di Melaka gagal isytihar projek

MOHAMMAD FARRIS ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kebanyakan notis yang dikeluarkan akibat ketidakpatuhan terhadap Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) tahun ini di Melaka adalah melibatkan kegagalan mengisytihar projek.

Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Mohammad Farris Abdul Aziz berkata, sejak Januari lalu, unit penguat kuasa di negeri ini telah memeriksa 121 tapak binaan dan 170 kontraktor dengan 82 daripadanya telah dikenakan kompaun.

“Sebanyak 64 kertas siasatan telah dibuka dan majoriti kes melibatkan kegagalan mengisytihar projek, menggaji pekerja binaan mahir tanpa akreditasi dan personel binaan tidak berdaftar,” katanya ketika ditemui pada operasi penguatkuasaan bersepadu di Batu Berendam di sini, hari ini.

Mohammad Farris berkata, fokus utama operasi bersepadu adalah berkaitan lima perkara iaitu perakuan pendaftaran kontraktor, pendaftaran personel binaan, akreditasi pekerja mahir, pengisytiharan projek dan perakuan pematuhan standard (PPS).

Katanya, untuk operasi hari ini, kadar kepatuhan oleh lapan syarikat diperiksa yang terdiri daripada lima kontraktor tempatan dan tiga kontraktor asing adalah amat memuaskan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya