PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh akan merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR yang berlangsung di Johor Bahru, esok.
Perkara dimaklumkan menerusi satu hantaran Facebook Fuziah.
Fuziah menggantikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang menolak undangan merasmikan Kongres Bersama AMK dan Wanita PKR 2025, yang dijadualkan esok malam.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi dilaporkan tidak berminat untuk merasmikan kongres bersama terutamanya AMK, kerana beliau ingin memberi tumpuan kepada pemilihan MPP selain dilaporkan kecewa dengan sesetengah pemimpin AMK yang memperlekehkannya.
Ia turut dipercayai berkait dengan PKR Sabah tidak menjemputnya ke pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kota Kinabalu.