KAJANG: Bintang sensasi Selangor FC, Faisal Halim kecewa dengan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengklasifikasikan kes simbah asid terhadapnya sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Peguam yang mewakili Faisal, Nik Zarith Nik Moustpha mengakui, anak guamnya sukar menerima keputusan itu kerana tragedi hitam berkenaan hampir meragut nyawa dan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional. “Selepas mengetahui status kes berkenaan, Faisal selaku anak guam kami jelas kecewa dengan keputusan siasatan tetapi…










