Fahmi ucap takziah atas pemergian seniwati Sophia Ibrahim

Fahmi ucap takziah atas pemergian seniwati Sophia Ibrahim

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga seniwati legenda, Allahyarham Sophia Ibrahim yang meninggal dunia akibat komplikasi asma di sebuah hospital swasta malam semalam.

Fahmi menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air, khususnya dalam bidang perfileman Melayu.

“Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau bukan sahaja menyerikan pentas lakonan malah turut membentuk warisan yang begitu bermakna dalam khazanah sinema Melayu.

“Saya pasti pemergian beliau amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya para peminat filem Melayu dan seni budaya,” katanya menerusi hantaran di laman platform X.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun pada pukul 7.15 malam tadi. 

Beliau mula bergiat aktif dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun serta turut dikenali menerusi filem Ragam P. Ramlee (1964) sebelum menyerlah dalam beberapa filem ikonik seperti Dr Rushdi, Cinta 200 Ela, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Impian.

Sumbangan beliau dalam dunia seni turut mendapat perhatian pemimpin negara. 

Pada Ogos tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan peribadi bagi membantu meringankan kos rawatan selepas Sophia mengalami masalah penglihatan akibat katarak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya