Eskayvie sasar lahir 100,000 pelajar cemerlang

Eskayvie sasar lahir 100,000 pelajar cemerlang

MAJLIS penganugerahan pelajar cemerlang SPM pada kempen Booster Minda anjuran Eskayvie baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Eskayvie memperkukuh komitmen melahirkan generasi berilmu dan cemerlang menerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic baru-baru ini.

Majlis dianjurkan sebagai mengiktiraf kejayaan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025 dan menghargai sokongan ibu bapa dalam membentuk kejayaan anak masing-masing.

Dua kategori anugerah diberikan, Pelajar Semua A dan Peningkatan Cemerlang yang mengiktiraf kecemerlangan akademik dan peningkatan prestasi pelajar.

Pada majlis sama Eskayvie turut mengumumkan sasaran melahirkan 100,000 pelajar cemerlang menerusi Kempen Booster Minda, diterajui melalui kerjasama strategik bersama sekolah, organisasi korporat dan disokong oleh produk nutrisi minda unggul, Eskayvie Mindtropic.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, berkata formulasi produk berkenaan dihasilkan melalui kajian menyeluruh yang menggunakan bahan berpaten seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri, magnesium dan selenium.

Katanya, nutrisi berkenaan membantu merangsang empat neurotransmitter penting iaitu serotonin, dopamine, norepinephrine dan acetylcholine, sekali gus meningkatkan tumpuan, daya ingatan dan pengurusan stres pelajar.

Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed dan Datuk Aznil Nawawi selaku Duta Eskayvie.

Pelajar yang diraikan hadir dari seluruh negari dengan latar belakang berbeza, menggambarkan komitmen Eskayvie terhadap pendidikan holistik tanpa diskriminasi.

Sementara itu, Kartika berkata Kempen Booster Minda memfokuskan tiga inisiatif utama iaitu kesedaran nutrisi otak bagi mendidik ibu bapa tentang kepentingan nutrisi terhadap prestasi akademik anak-anak, panduan gaya hidup sihat untuk menggalakkan gaya hidup seimbang merangkumi tidur, aktiviti fizikal dan kestabilan emosi manakala ilmu bersama pakar untuk memberikan akses kepada sesi pendidikan bersama doktor dan pakar pemakanan. Maklumat lanjut di www.BoosterMinda.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN