Enam individu mengaku salah beri maklumat palsu sijil lahir

Enam individu mengaku salah beri maklumat palsu sijil lahir

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enam individu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memberikan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tujuan mendapatkan sijil kelahiran.

Kesemua tertuduh yang berusia 56 hingga 71 tahun itu membuat pengakuan salah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Prosiding dijalankan di hadapan Majistret-Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, Illi Marisqa Khalizan, Aina Azahra Arifin, Farah Nabihah Muhamad Dan, Amira Abdul Aziz dan S. Mageswary.

Mengikut pertuduhan, enam bapa itu didakwa dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan pendaftaran kelahiran menggunakan borang daftar lahir di kaunter JPN di sekitar ibu negara dari 2004 hingga 2022.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 36(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh 12 bulan atau kedua-duanya.

Sementara itu, seorang pemandu e-hailing berusia 64 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dan mohon dibicarakan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda kepada enam tertuduh sebanyak RM500 sehingga RM2,000 dan jika gagal membayar denda tersebut, kesemua tertuduh boleh dipenjara di antara satu minggu hingga tiga bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh sembilan pegawai pendakwa iaitu Mohd. Khairul Afizi Yusof, Zulkarnain Ahmad, Md Shahedan Md Taib, Nor Zarina Zakaria, Nurul Nadiah Zainal Abidin dan Mohd. Ramzi Adnan manakala beberapa tertuduh diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN