KUALA LUMPUR: Konflik rumah tangga pelakon, Edika Yusof, 58, dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47, terlerai apabila mereka disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, sebentar tadi.
Lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh kira-kira pukul 10. 42 pagi tadi.
Pada prosiding hari ini, Edika tidak diwakili peguam manakala isterinya diwakili peguam syarie, Mohd. Yazid Hazim.
Pada Februari lalu, Nor Hidayah menfailkan penceraian terhadap pelakon filem Maria Mariana itu di Mahkamah Syariah di sini.
Namun, pada sebutan kedua pada 23 April lalu, Edika tidak dapat melafazkan cerai terhadap Nor Hidayah kerana berada dalam keadaan tidak suci.
Sebelum ini, kisah penceraian mereka mendapat perhatian selepas ramai melihat kesabaran dan kesetiaan Edika selama 19 tahun menjaga serta merawat Nor Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka.
Edika dan Nor Hidayah bernikah pada 2004 dan hasil perkongsian hidup bersama selama 22 tahun mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq. – UTUSAN