Edar dadah, tiga lelaki dipenjara seumur hidup, sebat 12 kali

Edar dadah, tiga lelaki dipenjara seumur hidup, sebat 12 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dihukum penjara seumur hidup dan sebat sebanyak 12 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah seberat 32 kilogram (kg), enam tahun lalu.

Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes membabitkan dua penarik kereta, S. Uvaraja, 48 dan R. Kalaikumar, 40, serta pemandu lori, K. Paarthiban, 38, di akhir kes pembelaan.

“Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga tertuduh dipenjara bermula dari tarikh tangkap pada 18 Jun 2019,” kata Hakim Azhar.

Tiga lelaki itu didakwa bersama-sama mengedar dadah methampetamine seberat 32,682.4 gram di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium di Jalan Desa Pandan di sini, pada 5.35 petang, 18 Jun 2019.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 kali sebatan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Hakim turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas Uvaraja selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki 0.15 gram dadah methylenedioxymethamphetamine dan 0.003 gram heroin serta 0.007 gram monoacetylmorphines di lokasi dan tarikh yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya