Dua wanita maut dalam kemalangan empat kenderaan 

Dua wanita maut dalam kemalangan empat kenderaan 

DUA wanita maut apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Kilometer 34, Lebuhraya Utara-Selatan di Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Dua wanita maut apabila Toyota Estima dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan tiga kenderaan lain termasuk sebuah lori kontena di Kilometer 34, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian pada pukul 10.35 malam dan tujuh anggota berserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena, sebuah Toyota Estima, sebuah Mazda dan sebuah Toyota Hilux. Seramai 17 orang, termasuk kanak-kanak terlibat dan dua mangsa yang menaiki Toyota Estima maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenal  pasti sebagai Gee Yin Chin, 42, manakala seorang lagi belum dikenal pasti identitinya.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital, manakala kedua-dua mangsa yang maut diserah kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil memberitahu operasi tamat pada pukul 12.13 tengah malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN