Dua pelajar maut, dua cedera motosikal bergesel

Dua pelajar maut, dua cedera motosikal bergesel

KEADAAN motosikal dua pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 89.7 Lebuhraya Utara Selatan di Sungai Petani, Kedah pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tindakan empat remaja lelaki dipercayai menunggang motosikal secara melulu mengundang padah apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 89.7, Lebuhraya Utara-Selatan, awal pagi tadi.

Kejadian pada pukul 2.16 pagi itu berlaku selepas motosikal dinaiki kesemua remaja terbabit secara berasingan disyaki bergesel sesama sendiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari arah Gurun ke Sungai Petani.

“Hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha YI5ZR dan Yamaha LC135 yang masing-masing ditunggang dua pelajar tingkatan lima telah bergesel sesama sendiri sebelum kedua-duanya jatuh ke tengah laluan.

“Disebabkan jarak terlalu dekat dua lagi rakan mereka yang masing-masing menunggang motosikal Yamaha Y15ZR tidak sempat mengelak dan merempuh mangsa,” katanya.

Kata Hanyan, akibat rempuhan kuat itu kedua-dua pelajar berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan meninggal di lokasi kejadian.

“Dua lagi rakan mereka yang masing-masing berumur 19 tahun dan merupakan pembantu kedai makan turut mengalami kecederaan parah.

“Mayat dibawa untuk proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim dan rakan mereka yang cedera turut dihantar untuk rawatan di hospital sama,” katanya.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati punca kejadian itu adalah kerana kecuaian menjaga jarak menunggang dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN