Dua maut motosikal bertembung sebelum terbakar

Dua maut motosikal bertembung sebelum terbakar

KEADAAN salah satu daripada dua buah motosikal yang rentung dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Kechil berdekatan Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang tengah malam tadi.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Dua maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung sesama sendiri sebelum terbakar dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Kechil berdekatan Jawi Golf Resort, di sini, kira-kira pukul 12.16 tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal kemudian dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati kemalangan itu melibatkan dua buah motosikal yang terbakar dengan anggaran peratusan kemusnahan ialah sekitar 80 peratus.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat dua orang mangsa berusia 40-an yang belum dikenal pasti identitinya cedera parah dalam kejadian tersebut.

“Mangsa pertama tersepit pada bahagian kaki dan melecur serta telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas KKM (Kementerian Kesihatan). Mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Sementara itu, seorang lagi mangsa yang melecur sehingga 50 peratus itu telah diberikan rawatan awal termasuk dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB), namun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sana,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, kerja-kerja pemadaman api dan ‘size up’ kemudian dilakukan oleh komander bertugas dan kebakaran seterusnya dapat dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 12.32 pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya