Daddy simpan semua memori dengan Fatima, Mummy dalam telefon - Utusan Malaysia

Daddy simpan semua memori dengan Fatima, Mummy dalam telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fattah Amin, sebak ketika meluahkan rasa sayangnya terhadap anak, Nur Fatima Aisya dalam satu video yang dimuat naik dalam media sosial baru-baru ini.

Dalam video itu, yang merupakan potongan rakaman temu ramah Melodi Up-Close, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menitipkan pesanan bahawa dia sentiasa menyayangi anaknya itu walau tidak lagi tinggal bersama.

“Kalau Daddy (Fattah) diberi peluang untuk bercakap sendiri dengan Fatima. Daddy kalau boleh memang tak mahu perkara (perceraian) ini terjadi.

“Daddy memang sayangkan Fatima daripada bayi sampai sudah besar. Kenangan sepanjang dengan Mummy (Fazura) dan Fatima, semua Daddy simpan dalam memori telefon.

“Daddy masih sayangkan Fatima walaupun sudah tidak lagi duduk bersama. Tapi Daddy harap Fatima tak lupakan Daddy,” katanya ketika sesi temu ramah yang dikendalikan Janna Nick.

Dalam video yang sama, Fattah turut berkongsi mahu membuat Fatima gembira dengan membawa anak kesayangannya itu bersiar-siar.

“Daddy nak bawa Fatima pergi jalan-jalan, bagi Fatima gembira. Kita pergi playground, dan Fatima boleh beli mainan yang Fatima suka.

“Kalaulah boleh Daddy buat macam itu. Semua ini bukan sebab Daddy sibuk. Tapi nanti bila Fatima besar, Fatima akan faham keadaan sebenarnya.

“Apapun Fatima kena sayang Mummy dan Daddy sama-sama. Sebab Fatima lahir daripada Mummy dan Daddy.

“Tiada kurang dan lebih. Kami berdua sayang Fatima sangat-sangat,” katanya lagi.

Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada 7 Oktober tahun lalu.

Sebelum ini, pasangan selebriti tersebut pernah berkahwin pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN