Che Ta mohon doa, abang meninggal dunia pagi tadi - Utusan Malaysia

Che Ta mohon doa, abang meninggal dunia pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Abang kepada pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta meninggal dunia pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan Che Ta menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

“Kepergianmu terlalu cepat, tapi kenangan bersamamu akan abadi selamanya.

“Al-fatihah buat abang saya Firdaus Che Wan, yang baru saja meninggalkan kami sebentar tadi,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta turut mendoakan agar dosa arwah diampunkan serta rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya,
lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

“Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN