PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 1.21 mata kepada 1,583.51 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,582.39 pada penutup semalam.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,583.23.
Jumlah dagangan sebanyak 4.16 bilion unit bernilai RM3.27 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 765 berbanding 364 dengan 449 kaunter tidak berubah dan 829 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 55.13 mata atau 0.14 peratus kepada 38,128.13 dan Indeks STI Singapura turun 13.23 mata atau 0.37 peratus kepada 3,866.82.
Bagaimanapun, Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.23 peratus kepada 2,640.57 ketika berita ini ditulis.- UTUSAN