BN teliti cadangan kerjasama tiga penjuru bersama PH, GRS

BN teliti cadangan kerjasama tiga penjuru bersama PH, GRS

AHAMD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Barisan Nasional (BN) akan memperhalusi cadangan membentuk gabungan tiga penjuru bersama Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bagi memastikan tiada berlakunya pertindihan kerusi ditandingi antara ketiga-tiga parti tersebut.

“Kita (BN) akan perhalusi pengumuman itu (untuk menggabungkan BN, PH dan GRS) dan kita akan santuni jika ada titik-titik perbezaan bagi gabungan ketiga-tiganya untuk menjadi satu gabungan besar atau grand coalition.

“Ini penting terutamanya untuk menentukan bahawa kerusi-kerusi yang akan kita tandingi itu tidak bertindih antara satu sama lain.Satu pegangan UMNO ialah mana-mana kerusi yang telah ditandingi oleh UMNO dan jika ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) itu lari ke mana-mana parti maka  kita wajib untuk menuntut kerusi itu (semula).

“Malah, ada beberapa kerusi yang dahulunya telah dipersetujui untuk ditandingi oleh UMNO, tetapi di saat akhir berlaku suatu manipulasi. Akhirnya, kerusi-kerusi itu telah ditandingi pula oleh bekas pemimpin UMNO,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi lawatannya ke Sabah semalam menyuarakan hasrat agar GRS turut-serta dalam kerjasama menghadapi PRN Sabah bersama PH dan BN.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, perbincangan ke arah pembentukan kerjasama itu sedang berjalan bersama Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN