Bilik darjah sekolah rendah hampir musnah dalam kebakaran

Bilik darjah sekolah rendah hampir musnah dalam kebakaran

ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran yang melibatkan bilik darjah di sebuah sekolah rendah di Kepala Batas, Pulau Pinang petang tadi.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Sebuah bilik darjah di Sekolah Rendah Islam At Taqwa di sini dilaporkan hampir musnah dalam satu kebakaran, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.58 petang sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi, kebakaran didapati melibatkan satu daripada tujuh buah kelas iaitu yang terletak di tingkat bawah sebuah bangunan di sekolah tersebut.

“Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 4.10 petang,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan pada masa ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN