Beruang matahari masuk perangkap di Kampung Pelong

Beruang matahari masuk perangkap di Kampung Pelong

SEEKOR beruang matahari ditangkap di Kampung Bukit Pelong, Setiu, Terengganu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)  Terengganu menangkap seekor beruang matahari di Kampung Pelong, di sini, semalam. 

Pengarahnya, Loo Kean Seong, berkata, beruang jantan seberat 90 kilogram (kg) itu ditangkap di kawasan kebun penduduk. 

“Perhilitan menerima laporan berhubung kehadiran haiwan liar pada 8 Mei lalu dan  satu perangkap  dipasang di lokasi berkenaan sebelum ua disedari memasuki perangkap itu pagi semalam. 

“Ketika ditangkap haiwan terbabit dalam keadaan sihat dan telah dilepaskan ke habitat asal untuk kemandiriannya,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN