Berlaku jujur kesan tarif AS kepada negara - Syed Saddiq

Berlaku jujur kesan tarif AS kepada negara – Syed Saddiq

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu jujur dalam menjelaskan kepada umum berhubung kesan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) kepada industri semikonduktor serta sektor elektrik dan elektronik (E&E).

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, walaupun terdapat kesusahan dan kegawatan dalam tempoh singkat, tetapi dengan bantuan-bantuan yang mencukupi Malaysia mampu bangkit semula.

“Indeks Pengurus Pembeli turut sorot buat pertama kali dalam tempoh yang panjang, iaitu sorot bawah carta 50. Ini bermaksud banyak syarikat dan pengguna tidak mempunyai kuasa membeli kerana perang dagang.

“Walaupun kerajaan pada hari ini masih ingin tidak menilai semula kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), tetapi kita melihat UOB dan Maybank telah menganggarkan bahawa pertubumbuhan KDNK akan merosot kepada empat peratus, iaitu kurang satu peratus daripada lima peratus.

“Meskipun jumlah dilihat hanya kecil tetapi satu peratus itu bersamaan sejumlah RM17 bilion dan jumlah itu cukup untuk membina 200 hospital awam dalam negara.

“Contoh terbaik adalah dengan melihat negara jiran. Di Singapura, Perdana Menterinya, Lawrence Wong memberitahu rakyatnya bahawa situasi perang dagang ini akan memberikan keadaan ekonomi yang sukar,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung tarif AS.

Pada masa sama, beliau turut mempersoal pendirian kerajaan berhubung unjuran terbaharu membabitkan KDNK negara susulan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

“Apa unjuran terbaharu KDNK negara susulan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat? Sekiranya UOB dan Maybank menganggarkan bahawa terdapat pengurangan, maka berlaku jujur dan beritahu kepada rakyat.

“Bagi pelaburan yang telah dijanjikan, adakah situasi ekonomi dunia pada hari ini, pelaburan tersebut juga terkesan dengan tarif timbal balas? Sekiranya ada, apakah tindakan susulan oleh kerajaan terhadap isu ini?,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya