Bergegas pulang dari Korea Selatan terima berita kematian suami

Bergegas pulang dari Korea Selatan terima berita kematian suami

NORZIMAH Gumri (tiga kanan) ketika diziarahi Mohamad Afandy (dua kiri) di rumahnya di Kampung Batu 8 Ijok, Kuala Selangor hari ini. - UTUSAN/SKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Hasrat seorang wanita dan tiga anaknya di Korea Selatan dikejutkan dengan khabar duka apabila suaminya maut akibat dihempap buah kelapa sawit dalam kejadian Batu 7, Ijok di sini, kelmarin.

Tragedi pilu menimpa Allahyarham Shaiful Bahri Leman, 63, itu menyebabkan empat beranak berkenaan segera bergegas pulang ke tanah air semalam.

Isteri mangsa, Norzimah Gumri, 51, dia terkejut menerima berita kematian arwah daripada ahli keluarga sejurus tiba di Lapangan Terbang Incheon, kira-kira pukul 6.15 petang kelmarin.

“Pada waktu itu, fikiran saya menjadi kosong dan anak segera membeli tiket pulang ke Malaysia yang hanya ada pukul 9 pagi esok (semalam).

“Kami terpaksa bermalam di lapangan terbang itu dengan turut berkumpul membacakan surah Yasin dan mendoakan arwah suami,” katanya sebak ketika ditemui di kediamannya di Kampung Batu 8 Ijok di sini, hari ini.

Terdahulu, ibu kepada lima anak itu menerima kunjungan dan sumbangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Ijok, Mohamad Afandy Mohd. Dahlan.

Media semalam melaporkan Shaiful Bahri meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan leher, kira-kira pukul 4 petang.

Siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Menurut Norzimah, dia yang tiba di rumah segera menziarah pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Ijok lewat petang semalam.

Kata suri rumah itu, arwah sebelum kejadian sememangnya beriya-iya meminta dia sekeluarga bercuti selama lima hari di Korea Selatan dengan turut memberi duit belanja.

“Namun, dia tidak mahu ikut serta kerana tidak biasa dengan negara itu dan dilihat gembira ketika menghantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum kejadian.

“Saya tidak sangka ia petanda arwah mahu meninggalkan kami buat selamanya dan pergi dijemput ilahi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN