Bella Dally, suami bakal tunai haji - Utusan Malaysia

Bella Dally, suami bakal tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Bella Dally memaklumkan dirinya bakal mengerjakan ibadah haji bersana suami, Arif Izuddin Mohd. Radzali pada tahun ini.

Khabar tersebut telah dikongsikan oleh Bella menerusi sebuah hantaran di Instagram Story selain turut memanjatkan rasa syukur atas doa yang dititipkan orang ramai buat mereka.

“Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis doa selamat kami sebelum berangkat menunaikan haji.

“Kami sangat tersentuh dengan doa yang baik dan pemberian ikhlas daripada anda semua. Hati kami dipenuhi rasa syukur dan kebahagiaan.

“Terima kasih juga buat mereka yang membantu menganjur dan menyediakan majlis ini. Masa dan usaha anda amat bermakna buat kami,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama bersiri Surah Buat Maisarah itu memaklumkan dirinya kini sedang melakukan persiapan untuk berangkat ke Tanah Suci Makkah.

Malah, dia juga sempat memohon maaf dan meminta orang ramai mendoakan agar urusannya bersama suami sepanjang menunaikan haji berjalan dengan lancar.

“Ketika ini kami bersiap untuk berangkat tidak lama lagi.

“Kami dengan rendah hati memohon maaf atas sebarang kesilapan atau kesalahan yang mungkin pernah dilakukan saya atau suami sama ada secara sedar atau tidak sedar. Mohon doakan kami,” ujarnya.

Bagaimanapun, Bella tidak memaklumkan secara terperinci mengenai tarikh mereka berangkat ke Makkah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN