Bekas penyelia tapak pembinaan tak mengaku sembunyikan RM98,000

Bekas penyelia tapak pembinaan tak mengaku sembunyikan RM98,000

KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penyelia tapak pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan wang berjumlah RM98,000, tiga bulan lalu. 

Tertuduh, Muhammad Hazwan Wook Baharudin, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya  dibacakan di hadapan Hakim Azhar Darus. 

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menolong menyembunyikan wang milik seorang lelaki, Yee Feng Yi dalam akaun bank milik tertuduh di Desa Cindaimas, Brickfields di sini pada 26 Febuari lalu. 

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dengan denda atau kedua-dua sekali, jika disabitkan kesalahan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, M. Saravanan mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin. 

Bagaimanapun, peguam bela, Khairul Hazwan Rasyid Mohd Redduan yang mewakili Muhammad Hazwan memohon agar jumlah itu dikurangkan kerana tertuduh perlu menanggung keluarga, termasuk ibu dan ayahnya yang sakit.

“Tertuduh baru sahaja dua minggu memulakan kerja di tempat baharu dengan pendapatan RM3,000 sebulan. Dia juga memiliki isteri dan dua anak yang masih bersekolah.

“Tertuduh juga perlu menganggung kos ubat-ubatan ibu yang mempunyai penyakit tibi dan bapanya yang menghidap strok,” kata peguam itu. 

Tambah Khairul, tertuduh juga mangsa kepada sindiket pekerjaan yang tidak wujud di Singapura. 

“Dia memberi nombor akaun kerana diberitahu gaji akan masuk melalui akaun yang diberikan,” ujarnya. 

Mendengar kedua-dua hujahan, mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan 9 Jun depan untuk serahan dokumen.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya