Bekalan petrol, diesel di Pulau Redang kembali pulih

Bekalan petrol, diesel di Pulau Redang kembali pulih

SEBAHAGIAN daripada minyak petrol dan diesel yang dihantar di Pulau Redang, Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Masalah bekalan minyak petrol dan diesel yang terputus di Pulau Redang sejak dua minggu lalu, pulih apabila bekalan bahan bakar itu mula dihantar semalam.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, penghantaran petrol dan diesel di pulau itu dilakukan secara berperingkat dan dikawal selia bagi memastikan keperluan utama penduduk dipenuhi segera.

Katanya, syarikat penghantaran baharu yang dilantik mula menghantar bekalan bahan api untuk memenuhi permintaan penduduk.

“Gangguan bekalan bahan bakar di pulau itu berpunca daripada proses peralihan syarikat penghantaran barangan keperluan dan  barang kawalan yang baharu di pulau tersebut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kata beliau, pihaknya telah mengadakan pertemuan bersama wakil penduduk pulau itu bagi menjelaskan situasi serta mendapatkan maklum balas secara langsung pada 13 Mei lalu.

“Pihak kementerian memandang serius dan terus memantau perkembangan serta memastikan tiada gangguan jangka panjang terhadap keperluan bahan api di pulau berkenaan,” ujarnya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, penduduk di Pulau Redang menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan bahan api sejak dua minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN