Bekalan lembu korban di Negeri Sembilan mencukupi

Bekalan lembu korban di Negeri Sembilan mencukupi

JALALUDDIN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Bekalan lembu bagi keperluan korban sempena sambutan Aidiladha di Negeri Sembilan mencukupi tanpa perlu mendapatkan bekalan dari luar negeri.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kesemua bekalan ternakan tersebut diperoleh daripada pembekal tempatan.

“Setakat ini, keperluan (bekalan lembu) memang mencukupi. Permintaan bagi mendapatkan daging korban untuk keperluan penduduk negeri juga tidak menunjukkan peningkatan drastik dan keadaan kekal stabil seperti biasa.

” Cumanya terdapat satu atau dua tempat yang mencatatkan peningkatan daripada segi permohonan bagi mengadakan program korban,” katanya kepada pemberita di sini.

Jalaluddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri memberitahu, harga pasaran ternakan lembu untuk korban juga sekitar
RM4,500 hingga RM6,500 seekor bergantung kepada saiz dan berat ternakan.

Pada masa yang sama, beliau menyeru para penternak yang ingin menjalankan ibadat korban dalam skala besar mahupun kecil supaya mendapatkan kelulusan yang sewajarnya.

“Kita tidak mahu lembu dijangkiti penyakit. Aktiviti penyembelihan perlu mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan,” katanya yang turut menggalakkan agar aktiviti penyembelihan dijalankan secara teratur oleh penyembelih yang terlatih dan bertauliah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN