KUANTAN: Kira-kira 235 peneroka yang terlibat perlombongan bahan mineral bauksit di Felda Bukit Goh di sini hanya bahagia sementara apabila masing-masing menerima ‘durian runtuh’ kira-kira setahun bermula pertengahan 2014. Para peneroka ketika itu tidak menyangka menjadi jutawan segera apabila menerima puluhan ribu ringgit sehingga mencecah RM1 juta ketika itu tanpa langsung memikirkan kesan masa depan setelah kira-kira 900 hektar ladang kelapa sawit mereka habis dikorek untuk perlombongan bahan mineral tersebut. …










