Avokado, cendawan tiram produk tanaman baharu Perlis

Avokado, cendawan tiram produk tanaman baharu Perlis

MOHD. Shukri Ramli pada majlis perasmian Festival Mango & Agricultural Industry (Permai) 2025 di dataran bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kangar, Perlis.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Industri pertanian Perlis terus dimajukan melalui peruntukan sebanyak RM8.73 juta dengan memperkenalkan tanaman baharu seperti avokado, penghasilan cendawan tiram dalam kontena dan integrasi ternakan lebah kelulut di ladang kelapa.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, dana itu juga diperuntukkan bagi meningkatkan produktiviti, menjamin keselamatan makanan dan memperkukuh amalan pertanian mampan.

Katanya, penggunaan teknologi revolusi industri 4.0 (IR4.0) dalam sektor pertanian bagi meningkatkan pengeluaran serta memperkenalkan pelbagai projek baharu.

“Kita juga memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada komuniti nelayan, penternak akuakultur dan usahawan industri asas tani yang telah banyak berjasa khususnya dalam soal pengeluaran, pembekalan makanan dan bahan-bahan mentah.

“Selain itu, kita juga akan mempergiatkan promosi projek dan produk-produk makanan yang telah dihasilkan oleh komuniti ini melalui bantuan kerajaan negeri.

“Dalam masa sama, kita juga menggerakkan komuniti ini seaktifnya dalam menyumbangkan idea, tenaga dan kewangan ke arah memantapkan lagi industri perikanan di Perlis serta melahirkan agropreneur muda,” katanya.

Tambah Mohd. Shukri, kerajaan negeri telah menyalurkan pelbagai bantuan dan insentif seperti menyediakan kompleks dan jeti pendaratan ikan yang terbaik bagi memudahkan urusan nelayan dan pemberian elaun sara hidup nelayan sebanyak RM300 bagi mereka yang layak.

Katanya, pada 2024, sebanyak RM1.32 juta disalurkan kepada 378 nelayan yang layak, selain Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan insentif hasil tangkapan pada kadar 10 sen sekilogram.

“Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan tabung bencana alam dan kebajikan nelayan, pada 2024 seramai 121 nelayan di Perlis telah menerima manfaat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya