ASEAN All-Stars diharap bawa semangat ASEAN menentang Manchester United - Anwar. - Utusan Malaysia

ASEAN All-Stars diharap bawa semangat ASEAN menentang Manchester United – Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh pada sidang akhbar sempena lawatan rasmi pertama pemimpin Vietnam ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di sini, hari ini. - FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap ASEAN All-Stars dapat membawa semangat ASEAN ketika bertemu kelab Manchester United dalam perlawanan persahabatan, Rabu ini.

Perdana Menteri berkata, beliau mengesahkan telah dijemput untuk menonton perlawanan bola sepak itu.

“Pada 28 Mei ini, Manchester United akan datang ke sini (Malaysia) untuk menentang barisan pemain ASEAN All-Stars.

“Ia bukan mudah (untuk menentang pasukan Manchester United) tapi saya telah dijemput untuk datang,” katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh di sini, hari ini.

Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah pascamusim bulan depan.

Manchester United dijadualkan menentang pasukan ASEAN All-Stars pada 28 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Media sebelum ini melaporkan,
lima pemain Malaysia disenaraikan dalam skuad ASEAN All-Stars termasuk Muhammad Azam Azmi Murad, Muhammad Adib Abdul Raop, Muhammad Haziq Nadzli, Declan Lambert, dan Sergio Aguero.

Kelima-lima pemain Malaysia akan bermain di bawah bimbingan bekas jurulatih Vietnam, Kim Sang Sik, yang pernah membawa pasukan itu menjuarai Kejohanan ASEAN 2024.

Sementara itu, mengulas perlawanan Harimau Malaya menentang Vietnam pada siri Kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun ini, Anwar berkata, beliau percaya pasukan negara sudah cukup bersedia menentang Vietnam nanti.

“Saya telah bercakap dengan Minh Chinh (Perdana Menteri Vietnam), jangan terlalu yakin kerana kami (Harimau Malaya) benar-benar telah bersedia.

“Saya akui pasukan bola sepak Vietnam adalah pasukan yang sangat kuat namun, ini adalah pertandingan sepak bola dan kami mempunyai pasukan yang bersemangat dan tidak bersabar untuk menunjukkan kekuatan,” katanya.

Terdahulu, Minh Chinh diberi sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini sempena lawatan rasmi ke negara ini bermula semalam hingga 28 Mei ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN