As Feminin enggan layan komen 'body shaming'

Asalkan tidak ganggu keluarga – As Feminin enggan layan komen ‘body shaming’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Feminin, Asfarina Muhamad tidak terkesan apabila bentuk fizikalnya menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Malah, meskipun tidak lagi aktif dalam dunia nyanyian, penyanyi yang mesra dengan panggilan As itu sentiasa sedia berhadapan komen masyarakat berkaitan penampilannya yang terkini.

“Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Saya langsung tidak terkesan.

“Tidak perlu saya melayan komen negatif sebab tak membawa manfaat kepada saya.

“Bahkan, dulu saya pernah berdepan situasi lebih teruk. Cuma bezanya ketika itu tiada media sosial.

“Sebab itu saya tidak kisah apabila bentuk fizikal saya diperkatakan. Asalkan perkara ini tidak mengganggu keluarga dan anak-anak saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kemunculan kumpulan Feminin pada konsert malam ke-4 GenKRU baru-baru ini menuai cakap-cakap netizen mengenai perubahan fizikal As berbeza berbanding zaman kegemilangan kumpulan itu sekitar era 90-an.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 49 tahun itu meluahkan rasa gembira kerana berpeluang melunaskan hasrat peminat yang menantikan kemunculan kumpulan itu di konsert berkenaan.

“Hampir tiga dekad kami tak buat kemunculan, saya terkejut dengan sambutan peminat yang amat memberangsangkan.

“Awalnya memang hati saya berbolak balik untuk terima tawaran membuat persembahan di konsert GenKRU. Tapi disebabkan pujukan suami dan bekas pengurus kami, saya setuju,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN