Arwah gembira dikurnia zuriat perempuan setelah 10 tahun

Arwah gembira dikurnia zuriat perempuan setelah 10 tahun

GAMBAR keluarga Norazian Mohd. Joned (kanan) dan suami Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri serta anak-anak mereka. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Isteri Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri, salah seorang daripada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas ngeri di Jalan Chikus–Sungai Lampam hari ini pilu dengan kehilangan suaminya selepas arwah menunggu selama 10 tahun sebelum dikurniakan anak perempuan.

Norazian Mohd. Joned, 38, berkata, mereka telah menunggu selama 10 tahun untuk mendapat anak perempuan namun kini suami tercinta telah tiada.

“Sebelum ini, kami dikurniakan dua anak lelaki, Amirul Firdaus, 12, dan Amirul Asyraf, 11, sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan pertama Amira Sofea yang kini berusia setahun.

“Dia terlalu gembira bila dapat anak perempuan. Kami sudah lama tunggu saat itu tapi tak sangka kegembiraan itu tak lama,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) di sini hari ini.

Norazian yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya tengah hari semalam sebelum arwah bertolak ke Teluk Intan untuk tugasan luar sempena sambutan perayaan.

“Dia macam biasa, siapkan barang untuk ke lokasi. Dia kata dah biasa kerja luar dan minta saya jangan risau. Tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya.

Ujarnya, arwah mula berkhidmat dalam pasukan polis sejak 2011 dan pernah bertugas di beberapa negeri termasuk Johor, sebelum berpindah ke penempatan terkini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN