Apontez cemerlang NxGV Challenge 2025

Apontez cemerlang NxGV Challenge 2025

PARA peserta berpuas hati atas kemenangan besar pada pertandingan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Team Apontez daripada Politeknik Kota Bharu (PKB) melakar kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan dalam pertandingan peringkat akhir Next Generation Electrical Vehicle (NxGV) Challenge 2025 yang berlangsung selama lima hari Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), baru-baru ini.

Pasukan yang terdiri daripada gabungan pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal itu membuktikan keupayaan luar biasa mereka dalam pelbagai aspek termasuk penciptaan, reka bentuk, pembinaan, pemasangan serta pendawaian kenderaan elektrik generasi baharu.

Lebih membanggakan, pasukan ini berjaya menaiki podium dalam enam kategori utama, sekali gus menonjolkan dominasi mereka di pentas kejohanan yang menghimpunkan institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Antara pencapaian utama Team Apontez ialah Tempat Pertama – Acceleration Category, Tempat Kedua – Best Safety dan Tempat Ketiga – Endurance Category Selain itu, pasukan ini turut berada dalam kelompok lima terbaik bagi tiga lagi kategori iaitu Tempat Keempat adalah Efficiency Category, Tempat Kelima – Engineering Design Category dan Tempat Kelima – Autocross Category

Dengan pencapaian cemerlang tersebut, Team Apontez telah dinobatkan sebagai Juara PolyCC dan Naib Johan Keseluruhan, hanya dipisahkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang merangkul gelaran Juara Keseluruhan.

NxGV Challenge 2025 merupakan pertandingan berprestij anjuran bersama tiga entiti utama industri automotif dan teknologi negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN