Anwar tunai tanggungjawab mengundi, diiringi laungan 'reformasi'

Anwar tunai tanggungjawab mengundi, diiringi laungan ‘reformasi’

ANWAR Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail melaksanakan pengundian secara dalan talian sempena Kongres Nasional Keadilan 2025 di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hotel Berjaya Waterfront, di sini pada pukul 12.05 tengah hari bagi menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pemilihan PKR peringkat pusat, hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri disambut ribuan perwakilan yang telah berada di hotel tersebut seawal pukul 8 pagi.

Yang turut hadir, isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketibaan pasangan itu turut disambut dengan laungan reformasi oleh sebilangan perwakilan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN