Anwar lawat Sabah, rasmi penutup Program Madani Rakyat di Tawau

Anwar lawat Sabah, rasmi penutup Program Madani Rakyat di Tawau

Nilai moral
ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan lawatan kerja sehari ke Sabah dengan pelbagai agenda penting bagi memperkukuh kerjasama Persekutuan dan negeri serta menyantuni rakyat di bawah bayu.

Ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.35 pagi disambut mesra oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama barisan menteri Kabinet negeri.

Mengikut jadual, Perdana Menteri memulakan lawatannya dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.

Selepas pertemuan itu, Anwar akan berlepas ke Tawau bagi merasmikan Majlis Penutup Program Madani Rakyat (PMR) 2025 peringkat negeri yang berlangsung selama tiga hari sejak kelmarin di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.

Di Tawau selain merasmikan penutupan, beliau turut dijadual menyempurnakan Penyerahan Projek Siap Tamu Desa Sabah, menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah serta melancarkan inisiatif tenaga hijau menerusi Program Solar Madani.

Anwar dan Hajiji meninjau gerai serta pameran perkhidmatan disediakan agensi dan jabatan Persekutuan, dalam usaha menilai secara langsung keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Sabah.

Lawatan ini menandakan komitmen kerajaan Perpaduan untuk terus mendekati rakyat dan memastikan pembangunan menyeluruh yang inklusif dan mampan di seluruh negeri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN