Hormati dan iktiraf hak setiap negara - Anwar

Hormati dan iktiraf hak setiap negara – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri membidas keputusan unilateral yang diambil oleh sesetengah negara, kerana ia hanya menunjukkan kuasa dan keangkuhan serta tidak mempedulikan kepentingan, terutamanya terhadap negara kecil.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap masyarakat, setiap negara, sama ada kecil, kaya atau miskin mesti diberi penghormatan dan pengiktirafan yang sewajarnya.

“Apabila kita membicarakan tentang hubungan dua hala, ia bukan sahaja mengenai politik dan diplomasi tetapi juga termasuk perdagangan, pelaburan dan kerjasama industri.

“Negara-negara perlu memastikan asas ekonomi mereka kukuh tetapi nilai kemanusiaan tidak boleh diabaikan,” kata Anwar semasa syarahan umum bertajuk ‘ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia’ di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO), Russia semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menerima anugerah ijazah doktor kehormat daripada MGIMO atas sumbangan beliau dalam menegakkan keamanan sejagat serta mengeratkan kerjasama antarabangsa.

Menurut Anwar, pertemuan beliau dan Presiden Russia, Vladimir Putin berlangsung dengan sangat baik meskipun berbeza latar belakang, budaya dan tamadun antara kedua-dua negara.

Anwar berkata, hubungan dua hala juga perlu termasuk pertukaran belia dan pelajar serta penyelidik antara Malaysia dan Russia.

Menurutnya, terdapat hampir 400 pelajar Russia yang menyambung pelajaran di Malaysia manakala kira-kira 700 pelajar Malaysia berada di Rusia.

Beliau juga memuji MGIMO kerana menawarkan pengajian Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran di universiti, sambil menambah pengajian bahasa Russia juga ditawarkan di Universiti Malaya (UM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN