Anugerah Tokoh Guru Berwibawa buat Lorenica

Anugerah Tokoh Guru Berwibawa buat Lorenica

LORENICA Frenika Masundim menerima Anugerah Guru Berwibawa sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching Sarawsk baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, Lorenica Frenika Masundim, 34, seorang pendidik berdedikasi dari kawasan pedalaman Sabah, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cikgu Berwibawa sempena sambutan hari Guru yang diadakan di Kuching Sarawak baru-baru ini.

Pengiktirafan ini mengangkat jasa dan komitmen luar biasa beliau dalam dunia pendidikan, khususnya dalam membina semangat dan potensi murid luar bandar.

Terdahulu, Utusan Pelajar melaporkan bahawa Lorenica berhasrat untuk meningkatkan kemahiran membaca tulisan Jawi dalam kalangan murid bukan Islam.

Semangat itu turut mendorong beliau melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD), dengan kajian khusus mengenai pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu tahap dua sekolah rendah.

Menurut Lorenica yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran Dan Kurikulum di  Sekolah Kebangsaan Bawang K9 Beluran, Sabah berkata , anugerah tersebut menyuntik motivasi dalam diri beliau untuk meneruskan dan meningkatkan lagi usaha demi kecemerlangan murid.

Lorenica turut meluahkan rasa syukur dan terharu atas penghormatan yang diterima, namun menyedari anugerah tersebut datang bersama tanggungjawab yang lebih besar.

“Saya rasa terharu dan bersyukur, namun saya sedar setiap anugerah yang saya terima datang bersama tanggungjawab yang lebih berat,” katanya.

Mengimbas kembali pengalaman berharga sepanjang bergelar pendidik, beliau menyifatkan pembinaan Bilik Sains di sekolah sebagai antara pencapaian paling bermakna dalam kariernya.

“Projek itu bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada pelajar, malah membantu mereka mencapai kelulusan 100 peratus dalam ujian sains,” katanya.

Bagi beliau, kunci kejayaan sebagai seorang pendidik adalah keikhlasan.
“Ikhlas mendidik anak-anak murid, kerana hati yang ikhlas mampu membawa kita melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan,” katanya.

Anugerah yang diterima oleLorenica berpendapat tulisan Jawi adalah khazanah warisan bangsa yang semakin terpinggir, khususnya dalam kalangan generasi muda dan lebih membimbangkan, ramai yang masih mempunyai salah tanggapan terhadap tulisan Jawi, seolah-olah ia hanya berkait rapat dengan agama tertentu semata-mata.

Beliau yang telah mendaftar sebagai pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) tampil membawa pendekatan berbeza dengan membangunkan satu modul pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi yang dikhususkan untuk murid bukan Islam dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Modul inovatif tersebut bukan sahaja bertujuan meningkatkan kemahiran membaca tulisan Jawi, malah membuka ruang kepada pemahaman lebih tepat tentang peranan Jawi dalam konteks bahasa dan budaya.

“Saya percaya tulisan Jawi perlu dilihat sebagai sistem tulisan untuk bahasa Melayu, bukannya simbol agama. Kajian ini bertujuan membuka minda generasi muda bahawa Jawi adalah milik bersama dan sebahagian daripada identiti negara,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan yang digunakan dalam modul tersebut bersifat inklusif, interaktif dan tidak menyentuh aspek keagamaan, menjadikan ia lebih mesra dan sesuai untuk digunakan dalam bilik darjah yang berbilang kaum dan agama.

Kajian beliau dijalankan sepanjang tempoh pengajian antara tiga hingga 12 semester dan melibatkan pembangunan, pengujian serta penilaian keberkesanan modul tersebut terhadap kumpulan sasaran.

“Modul ini dibina dengan mengambil kira latar belakang pelajar bukan Islam yang mungkin tidak pernah didedahkan dengan tulisan Jawi secara formal.

“Justeru, model tersebut direka bagi memudahkan pembaca memahami, menarik dan praktikal untuk digunakan oleh guru dan pelajar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN